LATAR BELAKANG

Pada tahun 2017, syarikat A.L Warisan Bersatu Sdn Bhd telah menyiapkan sebuah kertas kerja bagi permohonan tanah untuk projek pertanian di Panching, Kuantan, Pahang. Permohonan tersebut telah diluluskan dengan keluasan 76 ekar.

A.L Warisan Bersatu Sdn Bhd telah membentuk sebuah pasukan kerja untuk melaksanakan kerja-kerja pertanian di ladang tersebut bermula dengan Fasa Pertama dengan keluasan 15 ekar.

Pada 6 Januari 2020, syarikat ALW Plantation Resources ditubuhkan bagi menumpukan projek pengurusan perladangan dan pertanian tersebut, yang mana ia dimiliki penuh oleh Bumiputera Malaysia.

ALW Plantation Resources (ALWPR) telah berjaya mengusahakan Fasa Pertama (15 ekar) dengan tanaman pokok Kelapa Pandan dan Pisang Nangka. 

Pada bulan Jan 2022, Fasa Kedua (35 ekar) telah dimulakan. Projek ladang ini akan berterusan mengikut jadual yang telah dirancang.

Dalam masa yang sama, ALWPR telah mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat besar untuk mengendalikan beberapa projek perladangan di luar kawasan Kuantan, Pahang.

ALW Plantation Resources berbesar hati untuk bekerjasama dengan telus, jujur, amanah, dan bebas rasuah agar matlamat utama dapat dilaksanakan dengan jayanya dan bermanfaat untuk semua.

0 Comments